Cagamas Berhad (Cagamas), Perbadanan Cagaran Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah dan memajukan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia. Cagamas menerbitkan bon dan sukuk korporat untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada para pemberi pinjaman utama. Penyediaan kecairan pada kos yang berpatutan kepada para pemberi pinjaman utama pinjaman perumahan telah menggalakkan pemberian pembiayaan rumah yang meluas pada kos yang termampu.
Objektif
Program ini adalah bertujuan untuk menawarkan biasiswa bagi anak-anak muda Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
APAKAH YANG DITAWARKAN OLEH BIASISWA INI?
Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran pengajian dan yuran-yuran lain termasuk yuran asrama, atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;
Sehingga RM2,000 setiap semester bagi elaun alat bantuan pembelajaran termasuk buku, komputer, alat tulis dan peralatan lain atau sehingga RM4,000 setahun;
Sehingga RM8,400 setahun bagi elaun sara hidup atau RM700 sebulan;
Latihan Industri
Penerima biasiswa Cagamas akan diberi keutamaan untuk menyertai Program Latihan Industri Cagamas, bertujuan untuk memberikan mereka pengalaman praktikal dalam pelbagai disiplin dalam Cagamas, di samping membantu dalam pembangunan dan kemahiran insaniah mereka.
Tiada sebarang syarat ikatan perkhidmatan kepada biasiswa ini dan penerima-penerima biasiswa tidak perlu membayar balik jumlah biasiswa yang diberikan.
Program Induksi
Program induksi akan diberikan kepada semua penerima Anugerah Biasiswa Cagamas. Ini adalah untuk memastikan para penerima biasiswa memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai Cagamas.
Mentoring
Setiap penerima biasiswa Cagamas akan diberikan seorang “mentor” daripada Kumpulan Pengurusan Kanan dan Kumpulan Pengurusan yang terpilih. Mentor ini adalah bertujuan untuk menyediakan bimbingan yang konsisten dan berterusan sepanjang tempoh pengajian. Ini adalah untuk memastikan bahawa para penerima biasiswa mempunyai sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman mentor mereka.
Secara ringkas, program ini akan membiayai semua yuran dan elaun seperti yang tertera di atas sehingga RM20,000 setahun bagi setiap orang.
APAKAH KRITERIA-KRITERIA UNTUK MEMOHON?
Biasiswa ini akan ditawarkan setiap tahun kepada pemohon-pemohon yang berjaya untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sehingga empat (4) tahun di dalam negara.
Notis tawaran biasiswa ini dibuka untuk permohonan daripada semua pelajar Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Pelajar yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak memohon dengan syarat mereka memenuhi keperluan tersebut.
Anda mestilah warganegara Malaysia berusia di bawah 25 tahun;
Anda mesti mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/ STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
Anda mesti menjadi pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;
Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan;
Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan;
Tidak ditamatkan atau tidak lagi menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, disebabkan tindakan tatatertib terhadap pemohon; dan
Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus dan senarai kolej atau universiti yang diluluskan oleh Cagamas.
PRASYARAT DAN SYARAT
Senarai prasyarat termasuk:
Gabungan jumlah pendapatan isi rumah maksima tidak melebihi RM4,000. Adalah menjadi syarat pemohon memberi maklumat mengenai pendapatan ibu bapa;
Tawaran biasiswa adalah tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan Cagamas; dan
Penerima biasiswa perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan minimum 3.00 bagi 'Purata Nilai Gred Kumulatif' (PNGK) atau mencapai minimum 'Kelas Kedua Atas' dalam peperiksaan akhir.
SYARAT-SYARAT BAGI BIASISWA YANG BERTERUSAN
Cagamas boleh menghentikan biasiswa atau mana-mana bahagian biasiswa, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:
Tidak dapat meneruskan pengajiannya, atas sebab apa pun;
Gagal mencapai 3.00 bagi Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam mana- mana semester;
Gagal untuk mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan dalam tempoh percubaan; atau
Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa Cagamas.
BIDANG PENGAJIAN YANG DILULUSKAN
Perakaunan
Perbankan/ Perbankan Islam
Pentadbiran Perniagaan
Kewangan/ Kewangan Islam
Perbankan dan Pengurusan Kewangan
Ekonomi/ Ekonomi Kewangan Antarabangsa
Statistik
Matematik
Sains Aktuari
Undang-undang/ Undang-undang Shariah
Sains Komputer/ Teknologi Informasi
Sumber Manusia
Pengurusan Risiko
Bidang Berasaskan Teknologi yang berkaitan dengan Industri Kewangan
SENARAI KOLEJ ATAU UNIVERSITI YANG DILULUSKAN
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA
Biasiswa Cagamas adalah untuk pengajian ijazah Sarjana Muda.
Cagamas hanya mempertimbangkan permohonan untuk meneruskan pengajian ijazah Sarjana Muda di dalam bidang yang disenaraikan dalam iklan sahaja.
Bolehkah saya memohon biasiswa Cagamas sekiranya saya merancang untuk meneruskan pengajian Sarjana Muda di universiti yang tidak termasuk dalam senarai universiti yang diluluskan oleh Cagamas?
RM20,000 setahun.
Yuran pengajian dan asrama/ Bilik yang disewa sekiranya tinggal di luar kampus;
Elaun bulanan sebanyak RM700 (dikreditkan ke dalam akaun penerima biasiswa pada setiap bulan); dan
Alat bantuan pembelajaran – termasuk buku, komputer riba &mesin pencetak (hanya sekali sepanjang tempoh pengajian), alatulis dan sebagainya (Pembayaran balik akan dibuat berdasarkan resit dan dokumen yang berkaitan).
Sama ada bulan September atau Oktober bergantung pada pendaftaran universiti rasmi anda.
Tidak kerana biasiswa akan diberikan seperti berikut:
Hanya elaun bulanan sebanyak RM500 yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun setiap penerima biasiswa pada setiap bulan.
Yuran pengajian dan asrama/ sewa bilik sekiranya tinggal di luar kampus akan dibayar mengikut amaun yang telah ditetapkan oleh pihak university/tuan rumah.
Bayaran balik bagi pembelian alat bantuan pembelajaran akan dibuat berdasarkan resit dan dokumen yang berkaitan.
Biasiswa Cagamas adalah untuk membantu pemohon-pemohon daripada golongan yang latar belakangnya miskin tegar dan golongan inilah yang akan mendapat keutamaan.
Kami hanya memaklumkan calon-calon yang telah disenarai pendekkan.
Ya, kami akan mengadakan sesi penilaian dan juga temuduga.
Sesi penilaian dan temuduga akan diadakan secara dalam talian.
Dalam tempoh dua (2) atau tiga (3) minggu selepas tarikh permohonan ditutup.
Tidak kerana biasiswa ini bebas daripada sebarang syarat perkhidmatan.
Biasiswa ini hanya terhad kepada pemohon-pemohon yang akan melanjutkan pengajian di tahun satu di universiti.
Ya boleh tetapi keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang masih belum mendapat sebarang bentuk bantuan kewangan.
Selain daripada jumlah pendapatan ibubapa, factor-faktor lain yang menyumbangkan kepada kelayakan untuk menerima biasiswa Cagamas adalah seperti keputusan akademik yang baik, bilangan adik-beradik, bidang pengajian dan lain-lain.
Salinan STPM, Matrikulasi, Diploma atau transkrip pendidikan tinggi yang lain dan SPM.
Salinan borang cukai pendapatan/ slip gaji ibu bapa/ penjaga yang terkini; atau
Sebarang bukti pendapatan lain seperti surat bantuan kewangan yang diterima daripada kerajaan, zakat, baucar tunai dan sebagainya.
Gambar berwarna bersaiz pasport.
Permohonan UPU/ surat penerimaan/ tawaran oleh universiti atau kolej swasta untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diluluskan oleh Cagamas.
"Bebas daripada sebarang syarat perkhidmatan" bermaksud pemegang-pemegang biasiswa tidak perlu membayar apa-apa.
Ya, anda boleh memohon biasiswa Cagamas sebelum diterima masuk ke universiti. Sila muat naik tangkapan skrin permohonan UPU anda. Universiti dan bidang pengajian mestilah yang disenaraikan dan diluluskan oleh Cagamas.